Sukarelawan Polis
Sukarelawan Polis

Sukarelawan Polis


Sukarelawan Simpanan Polis(SSP), Polis Diraja Malaysia(PDRM) adalah satu daripada cabang bantuan sumber tenaga manusia PDRM bagi menjalankan pencegahan dan pembenterasan jenayah dengan lebih berkesan dan lebih efektif. Fungsi Sukarelawan Polis lebih kurang seperti Askar Wataniah (Satu daripada cabang bantuan sumber tenaga manusia ATM) didalam menjalankan tugas kepolisan.Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) adalah unit bantuan pasukan Polis Diraja Malaysia disertai oleh orang awam sebagai polis separuh masa untuk membantu untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan formasi masing-masing . Unit ini terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli perniagaan, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan PVR disasarkan untuk mempunyai 50,000 ahli pada tahun 2017 terdiri daripada semua peringkat masyarakat .Pegawai dan anggota sukarelawan simpanan polis ketika menjalankan tugas mempunyai kuasa, imuniti dan tugas yang sama dengan seorang pegawai polis tetap mengikut pangkat yang disandang. Ini bermakna SSP mempunyai kuasa sama dengan pegawai polis tetap termasuk untuk menggunakan senjata api, menggeledah dan menangkap pesalah.Agensi Sukarelawan Polis terdiri daripada 6 agensi yang dibenarkan oleh PDRM. Sukarelawan Polis diletakan dibawah seliaan Cawangan Pembantu PDRM Bukit Aman dan kontinjen negeri-negeri. Manakala di peringkat IPD, Sukarelawan Polis diletakkan dibawah seliaan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).Agensi yang diwartakan oleh PDRM untuk menubuhkan Sukarelawan Polis ialah:
(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN VIII)
1.Sukarelawan Simpanan Polis PDRM (SP/PDRM)
2.Sukarelawan Simpanan Polis RELA (SP/RELA)
3.Sukarelawan Simpanan Polis JPAM (SP/JPAM)
(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN X)
4.Simpanan Pesara Polis PBPM (BEKAS POLIS)
(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN XI)
5.Kor Kadet Sukarelawan Polis JPT (KOR SUKSIS)
6.Kor Kadet Kelab Polis JPN (KADET POLIS)